-->

adik

Assalamualaikum wbt

harini 2/9/15, genap sebulan arwah adik pergi menghadap Illahi
Arwah adik dah macam kembar aku
kemana aku pergi mesti ada dia
bergaduh, bergosip, makan sorok sorok, berjalan mesti dengan dia
tapi Allah hanya pinjam kan dia untuk seketika
Penyakit yg ditanggung hanyalah asbab kematian sahaja, kan?
toxic epidermal ape kebende tah lagi nama nya
penyakit yg sekiranya ditanya kepada doktor dan nurse
penyakit yang jarang ditemui, 5-6 tahun sekali
dan mengikut perubatan, ia berpunca kerana allergy ubat,
katanya! Wallahu a'lam

sayu hati melihat penderitaan dia tanggung hampir tiga minggu
dua hari sebelum raya sehinggalah raya yang ke-17
menghembuskan nafas terakhir di saat aku dan emak memasuki biliknya
 di ICU Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang

Meskipun aku sedih atas kehilangannya, aku tetap redha
walaupun sejujurnya mengambil masa yang lama untuk pulihkan kembali semangat

Maafkan aku kepada mereka yang terasa hati dan berkecil hati
dengan tingkah laku aku semenjak dua menjak ini
hati ini ingin meluahkan tetapi aku pilih untuk berdiam diri ketika itu
Maaf jika kelakuan aku menunjukkan aku seolah olah mementingkan diri

Mungkin orang lain turut mengalami kehilangan
tetapi situasi kita tidak sama
satu satunya adik aku tiada, tetapi abg abg aku masih mempunyai aku sebagai adik mereka
selama ini pun, selepas kematian arwah abah, aku hanya rapat dengan adik

Tetapi sesayang manapun kita pada manusia
itu semua pinjaman kasih sayang dari Allah
dan aku bersyukur mempunyai adik dan abah seperti mereka
Semoga mereka tenang disana, amin ya robbal 'alamin




terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

No comments:

Post a Comment