-->

30 minit bersama ustaz Don


sapa kenal ustaz Don Daniyal Don Biyajid ? uhhu , sume kenal kot . bagi yg tak kenal , beliau ialah seorang ustaz di rancangan TV Al-Hijrah dan merupakan pensyarah muda di Kolej saya :) 
iaitu Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor . beliau pensyarah di Jabatan Qiraat & Tahfiz 
ini ada sedikit kupasan mengenai 30minit bersama ustaz Don , 

Terdapat banyak maklum balas positif seperti itu bagi menunjukkan program interaktif agama, 30 Minit Ustaz Don di saluran TV Al Hijrah semakin mendapat tempat di hati para penonton.
Bagaimanapun, beliau tidak menganggap kejayaan itu menjadikannya semakin popular atau glamor.
"Bukan ini saya kejar apabila diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ini. Sebabnya, kejayaan program ini terletak pada semua krew rancangan yang turut sama, yang bagaikan sebuah keluarga besar.
"Malah penonton juga adalah sebahagian daripada ahli keluarga program ini. Maka pujian dan penghargaan tidak harus pergi kepada saya seorang tetapi semua pihak yang saya sebutkan tadi," kata anak muda lepasan Universiti Al Azhar Mesir ini.


Program 30 Minit Ustaz Don yang ke udara di kaca televisyen setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10.30 malam sejak Oktober lalu adalah kesinambungan program yang mula-mula diterajui oleh Don Daniyal, iaitu Program Ihya Ramadan.
Selain Rancangan 30 Minit Ustaz Don ini, TV Al Hijrah sebagai saluran utama media elektronik bercirikan Islam di negara ini turut menyajikan pelbagai program keagamaan yang menarik.


Ini termasuklah Madrasah Al Hijrah, Muhasabah Diri, Jalan Orang Mukmin dan Signs Of The Creator yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati para penonton tanpa mengira latar belakang dan usia.
Program 30 Minit Ustaz Don ini disasarkan kepada golongan remaja dan anak-anak muda untuk mereka menimba pelbagai ilmu agama melalui rancangan bual bicara dan interaktif.


Ia memfokus dua perkara penting untuk golongan iaitu Bicara Fardu Ain dan al-Quran secara santai.
"Saya sedar membaca al-Quran di televisyen (tv) bukanlah kaedah pembelajaran al-Quran yang betul. Kita kena saling bertalaqqi secara fizikal antara guru dan pelajar dalam mempelajari al-Quran.
"Bagaimanapun, sekurang-kurangnya ia antara alternatif yang terbaik untuk kita belajar. Kalau selama ini tv boleh digunakan untuk pelbagai perkara dan matlamat jadi tidak salah kita gunakan saluran ini untuk kita belajar agama dan membaca al-Quran," kata Don Daniyal.
Menurut Pengurus Besar Bahagian Majalah dan Dokumentari TV Al Hijrah, Zainal Rashid Ahmad, tidak dinafikan kaedah pembelajaran agama yang terbaik mungkin boleh diperolehi melalui kelas-kelas di masjid, madrasah dan lain-lain majlis ilmu.


"Namun tidak mustahil kita 'memadrasahkan' tv sebagai satu cara pembelajaran. Oleh kerana media tv ini merupakan satu pembudayaan secara hiburan (culture entertaining) maka Ustaz Don kita jadikan ustaz di madrasah tv bagi mengajar anak-anak muridnya, iaitu para penonton TV Al-Hijrah."Hasilnya alhamdulillah dengan pengenalan dan kemampuan yang ditunjukkan oleh Don Daniyal, kita berjaya mendapatkan sekelompok besar penonton terutama golongan remaja sehinggalah golongan eksekutif muda wanita yang tidak melepaskan peluang menonton rancangan ini," katanya.
Ustaz Don, kata Zainal Rashid, berjaya memberi satu nafas baru dengan corak persembahan yang pelbagai untuk lari dari lingkungan dan suasana pembelajaran madrasah yang lazimnya, serius, kurang jenaka dan 'berat'.
"Ustaz Don tidak lari daripada lingkungan budaya ilmu walaupun cara dan kaedah yang disampaikan adalah mesra penonton, sangat 'hidup', bersahaja, tidak bergantung sepenuhnya kepada skrip dan 30 minit itu dirasakan seperti tidak cukup," katanya.

Namun apabila bercakap soal imej dan penampilan, Don Daniyal yang juga pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Bangi, Selangor meminta agar penampilannya yang mengenakan jubah dan serban bukan penghalang antaranya dengan para penonton.
"Yang penting, selagi penyampaian saya berlandaskan ilmu, bagaimana rupa dan gaya saya kini bukan menjadi persoalan" tambahnya.

Namun beliau meminta masyarakat jangan meniru penampilan sesetengah kaum, yang kalau diikuti pasti akan menjadi seperti kaum tersebut.
"Kita kata arak itu memabukkan. Siapa yang tidak pernah minum pasti akan mabuk jika dia minum. Begitulah jika kita meniru sesetengah budaya, kalau Barat yang (negatif) ditiru maka Baratlah yang menjadi budaya kita," ujarnya penuh makna.



# sumber dari Utusan Malaysia Online




terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

Kebaikan sujud Dalam solat


sebagai umat islam , kita wajib menunaikan segala perintah Allah . Solat 5waktu sehari semalam , taat kepada perintah-Nya , taat dgn ibu bapa , menjaga hubungan sesama manusia dan lain-2 lagi . salah satu rukun di dalam solat ialah Sujud . jom tgk kelebihan nya :)

  1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.
  2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
  3. Melegakan sakit hernia.
  4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
  5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.
  6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
  7. Meringankan bahagian pelvis.
  8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.
  9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.
  10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
  11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.
  12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).
  13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
  14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.
  15. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.
# sujud dalam solat juga merupakan saat yang paling hampir antara kita dgn Allah . 
hope korg suke dgn entry ni :D





terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

Mayat Bayi perempuan


kes ni digemparkan pada berita jam 8 17/10/11

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek


# buat pandai , tanggung tak reti . sesuka hati je nak bunuh manusia yang lain . Allah lahirkan bayi yang sempurna , tapi kau bunuh dgn keadaan yang sadis . AlFatihah .





terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

bersyukur dgn nikmat Ujian


"Ya Allah, jika segala kesusahan dan keperitan ini mendekatkan aku dengan-Mu, janganlah engkau mengurniakan aku kesenangan dan kemudahan kerana aku takut aku akan jauh dari-Mu lantaran kelalaian dan kealpaanku."
Dalam hidup ini, kita sering diuji dengan berbagai-bagai ujian dari Maha Pencipta. Ujian yang didatangkan itu kadang-kadang merupakan satu peringatan di atas kelalaian ataupun satu hukuman lantaran kesalahan dan tidak kurang juga hanya semata-mata ujian untuk menduga tahap kesabaran dan keimanan kita. Kita diuji dengan sesuatu yang kita mampu hadapi kerana Yang Maha Mengetahui kemampuan dan keterbatasan kita hanyalah Allah Yang Esa.
Sesetengah orang diuji dengan harta kekayaan, kemewahan dan kesenangan. Manakala, sebahagian yang lain diuji dengan kesusahan, kedaifan dan kesulitan. Semua itu hanya satu tujuannya iaitu untuk mengukur sejauhmana kita bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan.
Bagi orang yang punya semuanya, seharusnya di hati mereka tiada perasaan riak, sombong, takbur, dan kedekut kerana semua yang dimiliki itu adalah pinjaman Allah semata-mata. Apabila  Dia mengkehendakinya semula, pasti Dia boleh menarik balik dengan sekelip mata. Sedangkan bagi mereka yang tak punya apa-apa seharusnya tiada sekelumit pun perasaan kesal, dengki, iri hati dan rendah diri kerana  Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani  boleh mengubahnya dengan membuka pintu rezeki.
Di antara dua ujian itu terselit satu persamaan iaitu bersyukur. Jika kita diuji dengan segala macam kesenangan nikmat duniawi kita perlu bersyukur. Begitu juga jika kita diuji dengan segala ketidakcukupan duniawi, kita juga perlu bersyukur.
meninggi diri. Bagi mereka yang tidak punya, tidak perlu menyesali takdir, merasa iri dengan kesenangan orang lain dan tidak perlu terlalu merendah diri atas segala kekurangan. Bersyukurlah dengan apa yang ada kerana syukur itu adalah tanda Iman. Apabila kita bersyukur, nescaya Allah akan menggandakan nikmatnya kepada kita.
Bagi mereka yang punya segala, bersyukurlah dengan kurniaan yang dianugerahkan, berbahagilah sesama saudara, rakan dan jiran serta jauhkan dari sikap menunjuk-nunjuk dan 

Kita juga boleh berfikir begini "Jika aku senang mungkin aku akan lalai dan hanyut dalam kesenangan itu. Aku tidak mampu menanganinya dengan baik, maka Allah berikan aku kesusahan."Ataupun "Jika aku susah mungkin aku akan melakukan banyak kemungkaran. Aku tidak mampu hidup susah, maka Allah berikan aku kesenangan." Maka bersyukurlah. Susah ataupun senang, kedua-duanya adalah antara nikmat dan ujian dari Allah. Alhamdulillah...
Kesimpulannya, walau apa juga ujian yang diberikan kepada kita, baik hidup senang atau susah, kita hendaklah bersyukur. Bagi yang senang tidak perlu menghina yang susah dan yang susah tidak perlu mencemburui yang senang. Barulah semuanya akan hidup aman. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya tentang hamba ciptaan-Nya dan Dia tidak membebani kita melainkan dengan beban yang mampu ditanggung oleh kita. 

 # Wallahua'lam.





terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

sahabat | teman



Islam sentiasa menasihatkan umatnya berhati-hati memilih sahabat bagi mengelak berkawan dengan mereka yang membawa kemungkaran.
Firman Allah yang bermaksud:
“Janganlah engkau mengikut orang yang sudah Kami lupakan hatinya untuk mengingati (berzikir) pada Kami dan ia suka mengikut hawa nafsunya.” (Surah Kahf, ayat 29)
Jika kita memilih sahabat yang terlalu cintakan dunia dan mementingkan hawa nafsunya, ia merugikan terutama apabila kita turut terpengaruh dengan sikapnya. Oleh itu, pilih sahabat yang membimbing ke arah hidup lebih baik mengikut syariat agama.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Seseorang menurut agama (aturan) kekasihnya, oleh sebab itu baiklah seseorang daripada kamu semua itu meneliti orang yang dikasihinya.”




terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

Bacalah Al-Quran


ramai orang zaman sekarang ni , baca Quran masa susah sahaja , masa dah tua , dan paling terok ada yang tidak mahu membaca nya . ishh-2 , kite sbagai umat islam kena saling ingat-mengingati tao 
itu juga salah satu kewajipan kite , ce selak balik entri saya yang ini : http://farezasahaja.blogspot.com/2011/10/ingat-mengingati.html

oke , kite teros kan lagi dgn Al-Quran .

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya. {Riwayat Muslim} 

Pengajaran Hadis:
i) Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

ii) Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah S.W.T. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak.

iii) Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.

iv) Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu') dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta'auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.

v) Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.


# wallhua'lam :) 





terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

kira titik hitam


bosan laa . ape kate kite kira ade bape titik hitam kat gambar ni
tolong tao !
saya dah puas pandang 
baru pandang oh ! berselerak sume titik hitam :P
illusi ? mungkin
tapi korang test la tgk dan kira
kot-2 ade jawapan

P/S : adajawapankebagiuntukbendaniHaha ,





terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

Subhanallah , Cantiknya !


amazing ryte ? I have No words to describe about this Beautiful picture
*speechless :)

P/S : klik je gambar ni , kalao-2 ta bape jelas .




terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

Surah Al-Fatihah

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ ﴿١﴾ الحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ العٰلَمينَ ﴿٢﴾الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ ﴿٣﴾ مٰلِكِ يَومِ الدّينِ ﴿٤﴾ إِيّاكَ نَعبُدُ وَإِيّاكَ نَستَعينُ ﴿٥﴾ اهدِنَا الصِّرٰطَ المُستَقيمَ ﴿٦﴾ صِرٰطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضوبِ عَلَيهِم وَلَا الضّالّينَ ﴿٧﴾

(1) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). (5)Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

mungkin ada antara kita yang masih tak bape nak clear latar blkang surah ni .
jom baca sikit , bole tahu banyak :)


Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.
Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.
Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

oke , mcm mane ? boleh la kita lagi khusyuk kan :) *InsyaAllah ,



terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

org berbudi kita berbahasa laa kan

cuba tgk gambar kat baawah ni , org Jepun kalau berjumpa akan membuat sedemikian , 
islam ? berjabat salam dan peluk Ukhuwah *sweet kan !



Sebagai seorang islam , hidup kita indah dgn sifat malu dan hormat menghormati
kadang-2 saya terfikir , ''dia terasa tak dgn aku ? ''
kadang-2 kita bergurau , dlm tak sedar ada yg tersinggung
*mcm saya lah tu #touching cepat -,-
jom tengok pepatah / pantun yang ada di Malaysia mengenai Budi Bahasa

"Yang Kurik Itu Kundi, 

Yang Merah Itu Saga, 

Yang Baik Itu Budi, 

Yang Indah Itu Bahasa "
"Sebab Pulut santan terasa, Kerana mulut Badan binasa "
 "Orang Memberi Kita Merasa, Orang berbudi kita berbahasa"

Budi bahasa Merupakan Jiwa Bangsa, 
Tanpa Budi yang terungkap dalam bahasa, maka tiada berjiwalah bangsa. 






terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

Allah Maha Pengampun



# Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
- Riwayat imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih -

# Di dalam sohih Muslim tercatat : Firman Allah Ta'ala ( maksud ) : Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku akan kepada dalam keadaan bersegera. Dan sesiapa menemuiKu(selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu.

# Hadis yang bermaksud : Demi tuhan yang mana diriku berada pada tanganNya (kekuasaan) sekiranya kamu melakukan kesalahan sehingga memenuhi dosa-dosa itu antara langit dan bumi kemudian kamu memohon keampunan Allah nescaya Dia akan mengampunimu.

# Di dalam Hadis Qudsi yang bermaksud : Satu kebaikan akan diganda sepuluh malah lebih, manakala satu kejahatan tetap dikira satu (tidak diganda) ataupun aku mengampuninya. Sekalipun kamu menemuiKu(selepas ,mati) dengan dosa sebesar bumi tetapi tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu maka Aku akan menemuinya dengan mengampuni dosa sebesar itu.
- Dipetik dari kitab Al-Ittihafat -

# Dalam hadis sohih yang lain yang bermaksud :Doa adalah senjata bagi orang mukmin, tiang agama dan cahaya yang menerangi langit dan bumi.

# Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang banyak beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya daripada setiap kesusahan jalan penyelasaian, daripada setiap kesempitan jalan keluar dan akan diberikan rezeki dengan cara yang tidak diketahui.

# Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Tiada daripada seorang muslim yang memohon doa sedangkan dia sendiri bersih dari dosa dan juga dia tidak pernah memutuskan perhubungan silaturrahim sesama manusia melainkan Allah akan menganugerahi kepadanya satu dari tiga perkara ini : sama ada terus diterima doanya, sama ada Dia akan menangguhnya sehingga hari akhirat ataupun disimpan(ampun) segala kejahatan yang seumpanya (permintaan tadi). Maka para sahabat bertanya : Sekalipun banyak? Sabda baginda S.A.W : Allah lebih banyak pemberianNya.






terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

Give up ?


wahai saudara ku ,
Hapuskanlah air matamu
Tetapkanlah kedua tanganmu, memegang tali Allah dengan kukuh
Sebab Dia-lah tempat bersandar di saat tempat-tempat bersandar yang lain mengkhianatimu
“…Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (Yusuf:86)







terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

cepat dan lambatnya Allah makbulkan Doa kita


Apabila Allah cepat makbulkan doa kita,maka dia menyayangi kita...
Firman Allah,maksudnya:"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka):Sesungguhnya Aku sentiasa hampir(kepada mereka):Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku.Maka hendaklah mereka menyahut seruan Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."(Surah Al-Baqarah 186)

Apabila Dia lambat makbulkan doamu,Dia ingin menguji kita...
Menurut al-Khatabi:"Jika Allah tidak menjawab doa seseorang,Dia kan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan,menggantinya dengan pahala."

Menurut Hukama:"Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan,sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon,atau ia menolak denagn musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang yang dipinta,atau diberikan ganjaran pada hari kiamat."

Apabila Dia tidak makbulkan doa kita,maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita...
Firman Allah,maksudnya:"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Dan (ingatlah),Allah jua Yang Maha Mengetahui(semua itu),sedang kamu tidak (Surah Al-Baqarah 216)

Oleh itu,sentiasalah bersangka baik pada Allah...
Firman Allah s.w.t,maksudnya:Aku bersama sangkaan hambaKu terhadapKu,maka bersangka tentangKu apa sahaja yang kamu ingini."(Hadis Qudsi)






terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

Fenomena Facebook

barack obama buka isu Azam Tahun Baru


Nobita Kenakan Cikgunya


Gempak Starz


founder FB and Mr.bean ?




credit to Gempak.org



terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

ingat mengingati


Berapa kalikah kita harus di ingatkan kemudian barulah kita beringat? Berapa banyakkah dosa yang kita akan lakukan sebelum kita bertaubat? Tidakkah kita takut akan azab seksa api neraka yang Allah janjikan di akhirat kelak? Manusia seharusnya takut dan menginsafi atas dosa-dosa yang mereka lakukan. Sentiasa beristighfar dan memohon keampunan atas setiap kesilapan yang dilakukan. Namun kenapakah kita tak pernah sedar akan semua ini. Sungguh apabila di akhirat kelak, tiada yang mampu menolong kita. Tiada yang mampu meringankan seksa atas dosa yang kita lakukan.

“Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan sembahyang dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali.”

(QS35:18)

Atas sebab inilah menjadi tanggungjawab kita untuk saling ingat mengingati antara satu sama lain. Berpesan-pesan sesama keluarga, sahabat, jiran tetangga dan sesama islam untuk sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah dan menjauhi segala larangan Nya.

“Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.”

(QS51:55)

Peringatan yang kita beri kepada sahabat-sahabat tidak mungkin akan di terima dalam sehari dua. Janganlah sedikit pun kita rasa jemu. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mampu beri petunjuk kepada orang yang dikasihinya kerana Allah lah sesungguhnya yang mampu memberi petunjuk dan hidayah kepada orang yang dikehendaki.

“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya dia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayat petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayat petunjuk (kepada memeluk Islam)”

(QS28:56)

Menjadi tanggungjawab kita juga untuk membantu sahabat-sahabat melakukan perkara-perkara kebaikan, berbuat amal dan menjauhi kemungkaran. Sedarkah kita kerapkali kita lebih membantu sahabat-sahabat dalam berbuat kemungkaran. Mungkin sedikit dan tanpa kita sedari langsung. Tapi ini realitinya.

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar agama Allah dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Mekah untuk korban) dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haram, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci) dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjidilharam itu, mendorong kamu menceroboh dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”

(QS5:2)

Fikir-fikirkan apa yang telah kita lakukan selama ini. Perbanyakkan memohon keampunan dari Allah SWT atas setiap dosa dan kemungkaran yang kita lakukan. Mudah-mudahan kita mendapat ampunan dari Nya seluas langit dan bumi.

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. ”








terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)