-->

Petua mujarab !

Petua yang boleh korang semua cuba

1.Petua Cepat DiPinang - Banyakkan Meminum Air Pinang
2.Menegangkan Kulit Muka - Stepler Tempat Yg Kendur Tue..
3.Menghilangkan Cagu - Potong Jari Yg Kena Cagu Tue...
4.Menghilangkan Bau Badan - Berendam Dalam Minyak Wangi
5.Melembutkan Rambut - Rendam Kepala Dalam Air Menggelegak...
6.Melentikkan Bulu Mate - Pakailer Bulu Mate Palsu...
7.Melebatkan Rambut - Cari Baja Rambut...
8.Mengurangkan Dengkur - Kurangkan Tidur..
9.Menghilangkan Ketuat - Potong Dgn Pisau Cukur Cap Buaya... .
10.Mengempiskan Perut - Jgn Makan & Jgn Minum...
11.Mengekalkan Kecantikan - Kekalkan Mekap, Jgn Basuh2...
12.Menyegarkan Mate - Tuang Eye Mo...
13.Mengelak Rambut Gugur - Lumur Dengan Gam Gajah...
14.Menghilangkan Kelemumur - Gunekanlah Syampu Rejoice..
15.Menurunkan Berat Badan - Turun Ikut tangga kecemasan..
16.Mengatasi Tumit Pecah - Jalan Berjengket- Jengket...
17.Memerahkan Bibir - Pakai Lipstick arr..
18.Menghaluskan Kulit Muke - Gosok Dgn Kertas Pasir
19.Menaikkan Seri Muke - Makan Kuih Seri Muka Sambil Naik Tangge..
20.Menghilangkan Bau Mulut - Minum Minyak Wangi..




terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

Kawin satu pejabat !



Haram berkahwin wanita satu pejabat !

Mie:Aku nak kawin la Joi
Joi: dengan budak mana?
Mie: satu pejabat
Joi:Ish mana boleh kawin satu pejabat… haram tuh!
Mie: awat lak haram? hang ni terikut ajaran sesat nie
Joi: aku pun alim gak la.aku ada dengaq ceramah gak kot kat mesjid.
Mie:ok habaq mai sebab pa jadi haram?
Joi:Islam suruh kawin paling ramai 4 orang ja.kalau dah satu pejabat ada 20-30 org perempuan,tu kan ke haram.

Mie: ............................................ =.="




terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

Hatimu milikku .



Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengerti
Akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

[*]
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

[**]
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa batas degupan jantungku
Mungkinkah hatimu milikku jua
Ku sayang padamu

Kan kuabadikan dikau
Suatu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Dapat jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Ulang [*][**]

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Ulang [*][**]

Aku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Dalam hidupku ini




terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

Baucar buku RM200 ada ciri keselamatan


PUTRAJAYA: Baucar buku RM200 yang akan diagihkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan dilengkapi ciri keselamatan bagi memastikannya tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Baucar RM50 setiap satu yang dicetak Percetakan Nasional Berhad itu dilengkapi beberapa ciri keselamatan seperti nombor siri, reka bentuk Guilloche cetakan terbalik serta menggunakan kertas keselamatan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ciri keselamatan itu penting supaya tidak berlaku pemalsuan baucar oleh pihak tertentu. 

“Duit pun ramai yang mahu palsukan,” katanya selepas melancarkan Pusat Kecemerlangan (CoE) Berpotensi serta penyerahan baucar buku 1Malaysia kepada IPT, semalam. 

Kerajaan memperuntukkan RM260 juta bagi pemberian baucar buku kepada 1.3 juta pelajar IPT seluruh negara dengan sah laku selama tiga bulan dari 1 Januari sehingga 31 Mac tahun depan. 

Semua warga Malaysia berdaftar sebagai pelajar aktif di IPT awam (IPTA), IPT swasta (IPTS) dan politeknik serta mengikuti pengajian peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD), matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan, termasuk pelajar Tingkatan Enam, secara sepenuh masa dan separuh masa di IPT dalam negara pada Januari depan, layak mendapat baucar berkenaan. 
Bantuan itu untuk pembelian buku akademik, jurnal, majalah ilmiah serta peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing dan pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebusnya dengan wang tunai. 

Mengenai CoE Berpotensi, Khaled berkata, RM20 juta akan diagihkan kepada tujuh CoE berpotensi yang sudah dikenal pasti sebagai tanda sokongan kementerian untuk melonjakkan keupayaan dan pencapaian pusat itu dalam bidang masing-masing. 

Tujuh CoE itu ialah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu yang berkepakaran dalam bidang sains marin; Photonics Research Centre, Universiti Malaya (UM) dalam bidang sistem optik; Pusat Penyelidikan Nano teknologi dan Katalisis, UM dalam bidang katalisis. 

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam mengimbangi isu pembangunan dan alam sekitar; Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM dalam memantapkan pengajian Bahasa Melayu selain Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN). 

MTUN membabitkan empat universiti iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Teknikal Melaka, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Perlis manakala bagi sektor perkhidmatan dan penyelidikan neurosains pula ialah Universiti Sains Malaysia. 

Khaled berkata, tujuh CoE Berpotensi itu akan dipandu arah dan dipantau pelan tindakan program penyelidikannya oleh kementerian menerusi Jawatankuasa Sepakaran bagi memastikan keberhasilan disasarkan selain mampu memperoleh pengiktirafan penuh sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi (HiCoE) pada masa depan. 


# p/s : gunakan peluang yang ada sebaiknya , buku IPT kan mahal ? so , Bersyukurlah :) sumber dari beritaharian



terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

Borang BR1M boleh difotostat


IPOH – Borang skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang difotostat daripada borang asal boleh digunakan orang ramai untuk membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan RM500 melalui inisiatif berkenaan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah hari ini.
“Borang asli yang telah difotostat boleh digunakan, selagi format borang tidak diubah, maka ia sah digunakan,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang permohonan BR1M yang difotostat bagi tujuan mendapatkan bantuan itu.
Ahmad Husni berkata orang ramai tidak perlu panik dan menasihatkan mereka supaya mendapatkan borang tersebut yang diedarkan melalui agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.
Katanya sehingga Khamis lalu, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menerima dua juta borang permohonan BR1M daripada orang ramai dan sudah mula memproses permohonan berkenaan.
Tarikh akhir menghantar borang permohonan BR1M ialah 10 Jan 2012.
Ahmad Husni berkata borang BR1M akan diiklankan di akhbar-akhbar utama pada Isnin ini selain boleh didapati melalui laman web Kementerian Kewangan.
Mereka yang berdaftar dengan e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan mendapat pemberian RM500 itu.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan polis jika didatangi pihak tidak bertanggungjawab yang mengenakan bayaran selain meminta nombor akaun bank bagi mendapatkan bantuan berkenaan. – BERNAMA
sumber dari sini





terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

Petirrr

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”




terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

Gila ! Otak ! Gaduh !

Ada 3 sahabat karib yg bernama Gila , Otak & Gaduh . Tiba - tiba Gaduh hilang di bandar . Gila pula ke balai polis untuk membuat laporan sementara Otak di bandar.

Polis : Ye encik boleh saya tolong ?? 
Gila : Saya nak mencari Gaduh
Polis : Awak ni gila ke !!!!!!
Gila : Ye, memang saya Gila
Polis : Awak ni cakap tak pakai otak ke ?? !!!!!
Gila : Otak tak ada dengan saya . Otak ada di bandar
Polis : ????????




terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

tolong !

Seorang pekerja kilang dirogol oleh seorang mat salleh..

pekerja kilang: TOLONG!

mat salleh: Better too long then to short..




terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

Murid Baru

Satu hari Ajoi dalam kelas semasa dalam makmal kelas kimia. Dia duduk di sebelah murid baru yang baru berpindah ke sekolahnya..

Ajoi: Bro, ko budak baru ker?

Sumardi: Ha ah.. nama aku Sumardi

Ajoi: Nama macam jawa jer, ko dari maner?

Sumardi: Aku jawa Sarawak..

Ajoi: Sarawak ada jawa ker? Hmm aper-aper la.. cikgu kimia ni orang Sawarawak juga tau.

Sumardi: Oooo.. aku dah tau.

Ajoi: Nih aku nak bagitau, ko baik-baik dengan Cikgu Kimia ni.. garang nak mampus!

Sumardi: Oooo.. aku dah tau.

Ajoi: Kalau salah sikit silap-silap makan penampar.!

Sumardi: Oooo.. aku dah tau

Ajoi: Cikgu ni dah la tak baper hensem, naik motor kapcai – sengkek ….!!!

Sumardi: Oooo.. aku dah tau.

Ajoi: Masa habis sekolah nanti, kita pedajal dia nak? Aku nak pancitkan tayar motor dia… Eh! Ko daripada tadi asyik jawab tau jer… ko maner tau?

Sumardi: Aku anak dia!

Ajoi: Erkk..




terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

Sudu

ada 3 orang gila kat hospital ,lalu ada 1 hari tu doktor plan nak lepaskn diorng tapi mesti uji dulu sorg2.Dia pun cat gambar pintu kat dinding siap dgan tombolnya sekali..Dan tengok siapa antara orang gila tu tau yg itu bukan pintu.Tiba harinya...

doktor: baiklah siapa antara kamu dpat buka pintu ni akan bebas selamanya..
orang gila pertama ambil tukul,dia ketuk dinding tu tak dpat2.

doktor:sah dia masih gila,dinding dgan pintu pun tak tau beza,fail!

lalu sorg lagi orang gila tu cuba nasib,dia guna gergaji smpai patah gergaji tu.

Doktor:yg ini pun sma gila,tak tau nak bezakan..

lalu orang gila ketiga ketawa..

Doktor:apasal ko ketawa?

Orang gila ke3:bodoh betul diaorg ni..pintu tu mmg tak dpat buka la..

Doktor: wah pandai betul ko..macam mana ko tau tak boleh buka?

Orang gila ke3:sebab kuncinya ada kat aku la..




terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

Password

PASSWORD.
man : lie pinjam laptop.
lie : erm,pakai la.
man : password laptop kau ape??
lie : entah.
man : ek elle, x nk kasi aku pijam ckp je la. cpt la pe password kau??
lie : entah.
man : KEDEKOT!!
lie : aik,aku kedekot pe.
man : ye la. aku mintak password laptop kau, kau buat-buat tak ingat plak.
lie : (pergi ke man)
man : buk(kena cepuk dgn lie). asl kau cepuk aku??
lie : ye la kau ckp aku kedekut plak npe. kn aku da bg password td.
man : bila mse plak kau bg password?
lie : td.
man : mne ade. kau sendiri pun x igt password kau pe.
lie : "entah" tu la password aku.




terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

Senaman Mengecilkan Peha

Dari luvislam , Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau 'walkathon', dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda?
Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha anda:

1. 'Kerusi bayangan'

Berikut adalah panduan untuk senaman "kerusi bayangan":
  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa 'duduk'.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari. 
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.


2. Pergerakan "menggunting"

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda. 

3. Pusingan bulatan

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh. 

4. Pakai kasut tinggi!

Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!

5. Melompat di atas trampoline

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya. :)





terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

Susu Kambing

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang . Segala puji bagi Allah , Tuhan Sekalian Alam. Yang memerintah hari pembalasan(akhirat). Engkau tuhan yang ku sembah dan tuhan tempat aku mohon pertolongan. Tunjukkan aku jalan yang lurus. Jalan yang telah engkau berikan kepada mereka (orang-orang yang beriman dan beramal soleh) . Dan bukan jalan orang-orang yang sesat (Kristian) dan jalan orang-orang yang engkau murkai (yahudi)... Amin
Assalamua'laikum.
Kepada para sahabatku sekelian, pada kesempatan ini ingin saya kongsikan sesuatu perkara yang mungkin sudah ramai yang telah mengetahuinya dan mungkin ada juga belum mengetahuinya iaitu khasiat susu kambing – satu sunnah yang semakin dilupakan.
Sabda Rasullah s.a.w, " Tidak ada seorang nabi pun yang tidak terkecuali terlibat di dalam pengembalaan kambing". Kemudian bertanya sabahat, apakah tuan juga pengembala kambing? jawab Rasullah, "Ya.saya juga pengembala kambing untuk penduduk Mekah "
Kenapakah kambing menjadi pilihan Allah untuk disebut didalam Al-quran. Ini adalah kerana,kesukaran mengembala kambing agar sentiasa duduk di dalam jemaah merupakan satu ujian Allah untuk melatih para nabi tentang erti kesabaran. Seperti yang anda semua tahu menternak kambing bukanlah mudah dan perlukan kesabaran yang tinggi. Oleh itu, jika seorang nabi yang bakal menjadi nabi lulus dalam ujian berkenaan, maka Baginda mampu untuk mendidik umatnya yang mempunyai pelbagai ragam.
Jika kita lihat, susu kambing sememangnya mempunyai pelbagai keistimewaan. Ia mempunyai enzim-enzim yang penting untuk manusia serta mengandungi pelbagai jenis vitamin, protein yang boleh menjadi ubat bagi penyakit-penyakit seperti allergik, radang sendi dan lain-lain malah, ia juga amat sesuai untuk diamalkan oleh warga emas. Disamping itu, susu kambing juga begitu khasiat kepada bayi yang terkena penyakit kuning dan dapat mempercepatkan proses penyembuhan dengan izin Allah.
Bagi penghidap penyakit insomnia (susah tidur malam) pula,amalan meminum segelas susu kambing panas sebelum tidur merupakan amalan Rasulullah yang menyebabkan nabi mudah tidur dan mudah juga berjaga untuk bersembahyang malam. 
Sabda Rasullah s.a.w, "Peliharalah kambing kerana padanya terdapat keberkatan". Menurut fakta sainstifik, susu kambing mempunyai khasiat yang dapat memanaskan tubuh badan. Apabila seorang kanak-kanak itu meminumnya, badannya akan menjadi suam dan toksik-toksik di dalam badannya akan keluar bersama air besar dan akan menyebabkan kanak-kanak berkenaan membesar dengan sihat.
Pada asasnya, susu berperanan memberi kekuatan tubuh badan kepada bayi dan dapat meningkat daya IQ seorang bayi. Ini adalah kerana ketika bayi berada di dalam tempoh penyusuan, otak dan minda bayi sedang berkembang dengan pesat . Ketika itulah bayi dikatakan sangat memerlukan protein dan badannya memerlukan antibodi yang banyak.
Pakar- pakar pemakanan sedunia telah bersetuju bahawa komposisi susu ibu dengan susu kambing hampir sama antara kedua-duanya. Susu kambing mengandungi 3.1% lemaknya, sama dengan peratus lemak susu ibu.  Dari segi protein nya pula susu kambing mengandungi 3.7% dan peratusan ini juga sama dengan peratusan protein yang dapat di estrak daripada susu ibu. Kerana itulah, pada zaman Nabi S.A.W, susu kambing menjadi alternatif kepada ibu ketika mana ibu tidak dapat menyusukan anak atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan. Sebab itulah, amalan meminum susu kambing ini amatlah digalakkan kerana ia mempunyai hikmah yang cukup besar dan berpontesi melahirkan anak yang SUPER (yang hebat, cerdik ,cerdas, dan IQ yang tinggi). Pada zaman ini, amalan ini sudah kurang kita lakukan sebabnya kita semakin jauh meninggalkan sunnah ini.
Bagi orang dewasa, manfaat susu kambing adalah amat banyak untuk dirungkaikan. Antaranya susu kambing ini bersifat pelawas dan amat berguna untuk memudahkan proses penghadaman , ia juga dapat merawat penyakit sembelit dengan segera.
Menurut "Kitabul-alttaimah" menerusi hadis yang diriwayatkan oleh Iman Muslim, telah disebut secara jelas bahawa minuman yang paling disukai oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah susu kambing dan menjadi sunnah bagi kita yang mencintai Rasullah s.a.w menjadikan amalan meminum susu kambing sebagai minuman harian kita yang sihat lagi berpahala (kerana mengikut sunnah).
Dalam hadis lain, Nabi Muhammad S.A W bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing: iaitu daging, bulu, kulit dan susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalam syurga". Dalam sepotong hadis yang lain ada menyatakan Nabi Muhammad s.a.w sangat suka meminum susu kambing yang mentah (belum dimasak).
Dalam al-quran ada disebut "Dif'un Mamanafiq" yang bermaksud memanaskan. Sebab itulah molekul-molekul susu kambing ini tidak akan hilang walaupun kita menyejukkannya kerana ia mengandungi kalori yang tinggi. Apabila kalorinya tinggi, ia dapat membekalkan tenaga yang banyak kepada badan serta memanaskan darah. Sebab itulah Nabi s.a.w sangat suka meminum susu kambing kerana Baginda tahu akan kelebihannya.
Disamping itu, susu kambing juga membekalkan kekuatan tenaga batin kepada kaum lelaki dan kaum perempuan. Mungkin ini dapat menyelesaikan masalah mereka yang belum mempunyai anak atau bagi mereka yang berhasrat untuk meramaikan lagi bilangan anak. InsyaAllah dengan mengamalkan amalan meminum susu kambing, kita akan peroleh kesejahteraan, selain melahirkan zuriat-zuriat yang baik , cerdik dan pintar.
Jika sesuatu itu merupakan sunnah Nabi, pasti ada hikmat disebaliknya, seperti digambarkan bahawa, Nabi tidak bercakap mengikut hawa nafsu nya tetapi baginda sentiasa melakukan sesuatu berlandaskan kepada wahyu allah semata-mata.
Itulah keindahan Islam. Cuma sekadar susu kambing yang biasa namun mempunyai banyak manfaat dan kebaikan yang dapat diperolehi daripadanya, itulah kuasa Allah s.w.t, Yang Maha menjadikan sesuatu penuh dengan hikmah dan tidak pernah terlintas di akal fikiran. Wallahualam.











terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

Kelebihan Berjalan Kaki Ke Masjid

  1. Membakar kalori. Sudah tentu berjalan kaki bakar lebih kalori daripada menaiki kenderaan. Bagi saya, perjalanan dari rumah ke masjid lebih kurang 400m. Masa perlajanan dalam 10-15min. Jadi dengan berulang-alik ke masjid, saya dapat senaman ringan yang bukan baik untuk kecergasan tapi juga bantu mengawal berat badan.
  2. Jimat masa. Lagi-lagi untuk sembahyang Jumaat. Pada masa inilah semua kereta mencari tempat yang paling depat dengan pintu masuk masjid - ini jadikan kawasan berdekatan masjid sesak dan memang jam. Kadang-kadang nak parking kereta pun susah dan mengambil masa yang lama. Kalau berjalan kaki, tak perlu risau tentang kesesakan kereta dan lebih mudah untuk merancang masa.
  3. Ketenangan mental. Berjalan kaki ke masjid menyenangkan. Masa perjalanan boleh dimanfaatkan untuk berfikir, berzikir dan lain-lain perkara yang mungkin sukar dilakukan jika menaiki kereta. Bagi saya, berjalan kaki ke masjid memang relaxing - umpana terapi untuk kurangkan stres. Lagi-lagi anda tak perlu fikirkan tentang kesesakan kereta dan ruang parking.
  4. Ia bentuk senaman. Kalau masa berjalan ke masjid adalah 10-15min, maka dengan perjalanan pulang ke rumah, jumlah masa lebih kurang 20-30min. Ah ini umpama senaman kardio ringan yang baik untuk kaki dan sistem kardiovaskular. Berapa kalori boleh dibakar dalam 30min? Mungkin 130-180 kalori.
  5. Lebih baik untuk alam sekitar. Well dengan berjalan kaki, saya dapat kurangkan carbon footprint saya. Walaupun tak banyak mana tapi ia lebih baik daripada menaiki kenderaan kereta yang bukan sahaja keluarkan CO2 tapi juga membazir duit (minyak).





terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)