-->

Cashier Caltex Rahang is so RUDE!

Assalamualaikum
haaaa kenapa tajuk entri macam tu?
Geram gilaaaaa weh!
Semalam aku pergi ke Caltex jalan rahang, opposite to Aeon Big
sebabnya ada nampak kertas tertampal tulis kerja kosong
salah satu nya, general clerk

then aku masuk ke dalam kedai tuu,

aku: tumpang tanya, ada kerja kosong ye untuk kerani?
cashier: kamu dah pernah datang kan?
aku: tak, saya baru nak datang utk isi form
cashier: eh yeke. kamu pernah datanglahhh. kalau diorang takde call tu maknanya takde lah

**dalam hati aku, ehh kau pulak lebih tahu dari aku** 

aku: dulu yela pernah datang, tu pun tahun lepas (oktober 2014). yg iklan baru ni (sept 2015) mana ada, 
cashier: takpayah takpayah. diorang takde call takde la tu
aku: tapi saya baru nak mintak
cashier: takde dapat call kan. diorang dah dapat kerani dah dari Kuala Lumpur.

**padahal time tu pukul 9 pagi. kerani masuk kerja pukul berapa doh? aku tahu selok belok kedai tu sebab dulu (oktober 2014) aku pernah apply and interview kat sini cuma aku tolak sebab dapat offer kerja tempat masa praktikal dulu**

aku: tapi tu kat depan tulis nak pakai kerani
cashier: dah ada lah, dari KL, ada kat dalam tu.
aku: kalau dah ada, cabutlah. ni layan aku macam sampah! **dan aku terus blah**

aku datang untuk tanya kot kot ada rezeki aku kat situ
tapi macam tu dia layan? aku tak sure dia indon ke sabahan
nama taknak sebut sebab dosa hahahaha
tapi memang dia sorang je cashier kat situ
takboleh ke cakap elok elok?
kalau betul lah boss dia masih mencari pekerja, dan dia sekat pintu rezeki aku, orang teraniaya ni doa dia dimakbulkan kan....tapi kalau memang dah ada orang sekalipun, cakap lah baik baik, aku cuma nak cuba nasib untuk kali kedua je. gap lama kot setahun, bukan nya seminggu dua. 
aku simpan lagi email boss dia, nanti aku nak report.
bukan apa, ini baru aku yang terkena, entah berapa ramai lagi makan hati cara layanan dia
dah la ramai org time tu, malu tahu tak
rasa macam pengemis je :'(
kalau ada yang dapat kerja tu, bukan dia yang bayarkan gaji, tak luak duit dia pun! **marah ni!!**

biar apa pun kerja kau sandang sekarang ni, janji budi bahasa tu jaga oi! 
bukan aku suka kutuk orang tapi itu hakikat kehidupan.

kwassalam


terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

adik

Assalamualaikum wbt

harini 2/9/15, genap sebulan arwah adik pergi menghadap Illahi
Arwah adik dah macam kembar aku
kemana aku pergi mesti ada dia
bergaduh, bergosip, makan sorok sorok, berjalan mesti dengan dia
tapi Allah hanya pinjam kan dia untuk seketika
Penyakit yg ditanggung hanyalah asbab kematian sahaja, kan?
toxic epidermal ape kebende tah lagi nama nya
penyakit yg sekiranya ditanya kepada doktor dan nurse
penyakit yang jarang ditemui, 5-6 tahun sekali
dan mengikut perubatan, ia berpunca kerana allergy ubat,
katanya! Wallahu a'lam

sayu hati melihat penderitaan dia tanggung hampir tiga minggu
dua hari sebelum raya sehinggalah raya yang ke-17
menghembuskan nafas terakhir di saat aku dan emak memasuki biliknya
 di ICU Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang

Meskipun aku sedih atas kehilangannya, aku tetap redha
walaupun sejujurnya mengambil masa yang lama untuk pulihkan kembali semangat

Maafkan aku kepada mereka yang terasa hati dan berkecil hati
dengan tingkah laku aku semenjak dua menjak ini
hati ini ingin meluahkan tetapi aku pilih untuk berdiam diri ketika itu
Maaf jika kelakuan aku menunjukkan aku seolah olah mementingkan diri

Mungkin orang lain turut mengalami kehilangan
tetapi situasi kita tidak sama
satu satunya adik aku tiada, tetapi abg abg aku masih mempunyai aku sebagai adik mereka
selama ini pun, selepas kematian arwah abah, aku hanya rapat dengan adik

Tetapi sesayang manapun kita pada manusia
itu semua pinjaman kasih sayang dari Allah
dan aku bersyukur mempunyai adik dan abah seperti mereka
Semoga mereka tenang disana, amin ya robbal 'alamin




terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)

Anak Pokok Hybrid

Assalamualaikum wbt. 

Ada sesiapa minat nak membeli anak pokok hybrid? Bukan kereta hybrid tau! Hehe. Pokok hybrid tu nanti akan tumbuh rendang dan rendah comel je.  Basically, ia membesar sama tinggi dengan saya je. Antara pokok-pokok yang disediakan ialah:

- petai
- delima iran 
- ciku mega
- kelapa pandan clone, SGG (sungai gulang gulang), matak 
- durian belanda
- jambu lohan 
- betik (tinggi sekaki)
- manggis masta 

*durian, rambutan dan mangga on the way gaisssss* 

# Sesuai dibeli untuk tujuan tanaman sendiri, hadiah kepada saudara dan ikut suka ^_^

# Hubungi kami untuk pertanyaan, maklumat lebih lanjut dan gambar (serious client are welcomed)

Muhd Asyraf : 014-7263438
Noor Fareza : 019-3759391 / farezarozain@yahoo.com



terima kasih sebab sudi membaca entri ini :)